Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 20 December 2011

Kemana perginya wang derma ceramah PAS??


Hari ini kita lihat banyak sekali PAS membuat ceramah disana sini, Tak cukup dengan itu, PAS jugak mengambil pendekatan mengutip duit dari pada orang ramai yang hadir atas alasan derma Jihad. Bukan hendak "berkira" tentang derma yang disumbangkan, tetapi terfikir jugak kemanakah perginya wang derma tersebut??? Sepanjang PAS memerintah, hasil sumbangannya ialah mengutip derma  pada orang ramai.
Sudah berpuluh-puluh tahun Derma dikutip, takkanlah derma "Jihad" PAS masih belum cukup??

Gua sertakan gambar kat bawah nie dengan bulatan yang tertulis "Unit Amal Malaysia" iaitu orang penting dalam ceramah PAS yang sentiasa kelihatan  kehulu kehilir meminta derma daripada orang ramai. 


Lihatlah betapa banyaknya duit yang dikutip hasil ceramah PAS.Kenapa PAS masih tak boleh  bina masjid dari  hasil sumbangan orang ramai??

Gua soalkan kat sini kerana Mursidul Am PAS Nik Ajis sendiri mahukan wang derma untuk membina masjid seperti apa yang tercatat pada laman harakah berikut:


Seperti katanya: "Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaa masjid itu sampai ke akhirat",katanya.

Sekarang sila jelaskan pada gua kenapa PAS masih tak boleh bina masjid atau memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dibawah kerajaan pimpinannya??

Wednesday, 14 December 2011

Konsep Kebajikan PAS hanya retorik

 
           
 Ahad lepas 15 Muharram n1433 bersamaan 11 Dis 2011, bersamaan dengan peristiwa gerhana bulan, Haji Hadi melancarkan "DOKUMEN NEGARA KEBAJIKAN", satu manifesto kaum Anwarinas dalam menghadapi PRU13 nanti. Dokumen yang sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah ni dijadikan modal terbaru kaum Anwarinas untuk mencapai nafsu serakah mereka ke Putrajaya!
 

Jangan lupa pada 12 Nov 2003, dalam menghadapi PRU ke 11, kaum Anwarinas mengemukakan "DOKUMEN NEGARA ISLAM" yang dilancarkan juga oleh Haji Hadi! Tujuannya masa itu adalah antara lain untuk menentang konsep "ISLAM HADHARI" yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diterima baik oleh bukan sahaja umat Islam dalam dan luar negara, malah oleh bukan Islam. Ini dapat dilihat dalam ucapan-ucapan penerimaan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PBS, dan lain-lain. Malah ianya diterima diperingkat antarabangsa sebagai satu gagasan yang dapat memartabatkan Islam dipersada dunia.


Pembangkang kini tertekan dengan konsep "Islam Wasathiyah" yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri yang bertindak sebagai pemangkin kepada Gagasan 1-Malaysia dengan penekanan kepada dasar "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan". Konsep yang mengamalkan dasar Islam yang sederhana yang telah diterima baik oleh rakyat dan umat. Konsep ini bukan sekadar retorik politik, malahan telah dipraktikkan dan dilaksanakan dengan pelbagai program dan projek saperti "Klinik 1-Malaysia", "Kedai Rakyat 1-Malaysia", "Bantuan Rakyat 1-Malaysia", "Perumahan Rakyat 1-Malaysia" dan pelbagai lagi. Konsep 1-Malaysia berteraskan "Islam Wasathiyah" ini telah meletakkan Islam sebagai agama tauhid yang praktikal dan kontemporari!

Berbalik kepada "Dokumen Negara Kebajikan PAS", isu utama yang teman sebut ialah soal kebolehpercayaan! Betulkah mereka ini, atau ianya sekadar satu lagi "gorengan politik" untuk menyedapkan telinga mendengar dan membuaikan nafsu machiavelli mereka?

Teman menegaskan bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik! Malahan ianya langsung tidak boleh dipercayai dan wajib dicampak didalam longkang sahaja!



Cuba ingat apa yang Haji Hadi dan pimpinan PAS sebut semasa pelancaran "Dokumen Negara Islam" pada 12 November 2003. Kalau mike lupa, biar teman ingatkan semula apa yang dijanjikan didalam "Dokumen Negara Islam":

"Konsep 'Membangun Bersama Islam' akan digarap dan dihayati untuk membina Negara Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup"

(lihat Dokumen Negara Islam cetakan pertama Oktober 2003).
 

Dan cuba lihat kembali ucapan Haji Hadi semasa melancarkan "Dokumen Negara Islam" tersebut:

"Dengan terbitnya dokumen Negara Islam ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam; malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikit pun untuk menubuhkan Negara Islam.

Sesungguhnya kewajipan menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajipan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kaedah fiqh yang ma'ruf".


Satu janji dan ucapan yang bisa memukau golongan yang mudah terpukau.!!!

Tapi tengok apa yang terjadi setelah mereka bersekongkol dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP, dan atas persekongkolan luar tabi'e dan songsang itu mereka diberi ALLAH sedikit habuan kuasa dan kedudukan serta jawatan!

Dalam Muktamar Agong PAS 2011, hanya lapan tahun selepas pelancaran "Dokumen Negara Islam", Haji Hadi membuat u-turn politik dengan pusingan 360 darjah membuang perjuangan menegakkan Negara Islam dengan kenyataan berikut":

"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara kebajikan, itu (negara kebajikan) ada dalam Quran. Dia (Al Quran) tak sebut Negara Islam, dia (Al Quran) sebut Negara Kebajikan!!!".


Dalam satu nafas sahaja, tiba-tiba Dokumen Negara Islam dicampak kedalam longkang atas alasan "tidak ada didalam Al Quran!!!" Mereka yang janjikan Negara Islam, mereka yang reka Dokumen Negara Islam, tiba-tiba mereka sendiri yang mentongsampahkan "perjuangan Negara Islam" dan "Dokumen Negara Islam" mereka!!!


Boleh Direct terus baca disini: http://www.malaysiakini.com/news/165931

Dan sekarang mereka rekayarsa pulak satu kitab baru dilabel sebagai "Dokumen Negara Kebajikan". Hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1-Malaysia "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Di Utamakan"!

Persoalannya ialah, kalau mereka boleh buat u-turn pusingan 360 darjah membuang 'Dokumen Negara Islam' atas alasan tidak ada didalam Al Quran dan menggantikannya dengan 'Dokumen Negara Kebajikan', apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang 'Dokumen Negara Kebajikan' dan menggantikannya dengan dokumen negara entah apa kejadah lagi!?

                                     
Dan setelah berpuluh tahun ujud, setelah bertahun-tahun diberikan peluang menjadi Kerajaan Negeri, setelah diberi habuan menjadi YB-YB dan Ahli Parlimen, adakah yang mereka mampu lakukan hanya dengan sekadar mendatangkan buku dan dokumen sahaja? Dari 'Dokumen Negara Islam', kepada 'Buku Jinggay', kepada 'Dokumen Negara Kebajikan', dan entah apa lagi selepas ini. Adakah nanti bila parti biaDAP berkuasa, mereka akan melancarkan pulak buku 'Dokumen Negara Cauvinis', dan jika sosialis berjaya, mereka lancarkan pulak 'Dokumen Negara Kominis'. Dan apa jadi kalau Anwar Ibrahim ditabal sebagaio PM (na'uzubillah), adakah Haji Hadi akan lancarkan 'Dokumen Negara Sodom', 'Dokumen Negara Liwat', 'Dokumen Negara ChinaDOLL'?

Dan jika diambil 10 Point 'Dokumen Negara Kebajikan' itu, Haji Hadi dan kaum Anwarinas sudah gagal, fail dalam point pertama lagi, iaitu 'melahirkan kerajaan amanah'. Adakah mereka benar-benar amanah, bila mereka mengkhianati 'Dokumen Negara Islam' yang mereka sendiri reka dan cipta! Bila mereka sendiri yang buang perjuangan Negara Islam yang menjadi nadi dan jantung perjuangan PAS selama dilahirkan! Dan mereka menggunakan alasan 'Dokumen Negara Islam' dan 'Perjuangan Negara Islam' kononnya ianya "tidak ada dalam Al Quran". Mereka berselindung disebalik Al Quran untuk menghalalkan tindakan mereka membuang 'Dokumen Negara Islam!'.

Dan point kedua mereka, 'masyarakat menyayang' cukup membuktikan hipokritnya kaum ini. Begitu penyayang mereka sehingga memaki hamun dan menyumpah seranah bangsa dan saudara seagama sendiri. Pentas mereka dipergunakan oleh kaum biaDAP untuk melabel seorang pemimpin Melayu Islam sebagai 'black metallic haramjadah!!!". Inikah sikap 'masyarakat penyayang' mereka? Tengok cara mereka maki hamun anggota polis Melayu Islam yang mempertahankan negara dengan gelaran 'pengkhianat', 'talibarut penjajah' dan lain-lain!

Tengok kat sini macamana Nga Ko meng hina melayu tapi orang2 PAS boleh gelak kot belakang!! http://www.youtube.com/watch?v=o1QOVnekUtI

Point ketiga mereka, untuk mengujud 'ekonomi mampan', apa yang kita dapat tengok Kedah sekarang? Betapa 'mampannya ekonomi' Kelantan, sampai bekalan air pun karat, kotor dan beracun!


 
 
Point keempat mereka untuk menyediakan 'pendidikan berkualiti', apa yang telah mereka buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan? Yayasan Selangor, agensi yang ditubuh oleh Kerajaan UMNO untuk membantu anak-anak Melayu-Islam desa mendapat pelajaran berkualiti dibandar pun hendak dijual dan dihapuskan! Universiti mereka, Universiti Selangor yang dahulunya ditubuhkan oleh Kerajaan UMNO dengan bilangan pelajar yang ramai dan berkualiti, hari ini merosot akibat politiking melampau. 

 Sehingga menyebabkan Naib Canselor dan pensyarah kanan berhenti. Lebih parah, mereka meletakkan pensyarah yang didakwa terbabit dengan kes rogol pelajar sebagai pentadbir Universiti! Para pensyarah yang menyokong mereka di IPTA dan IPTS lebih sibuk berpolitik daripada menjaga kebajikan dan prestasi akademik oelajar. Pelajar diperah dan dikerah sebagai tukang tampal poster mereka dan pemenuh demonstrasi jalanan!

 

Pointi kelima mereka 'perkhidmatan kesihatan yang cekap' sekadar lip service. Mana hospital yang pernah mereka bina selama 20 tahun memerintah. Jangankan klinik, masjid pun baru sebutir dibina selepas leboh 20 tahun memerintah!Kesihatan apa kalau rakyat tidak dibekalkan dengan air bersih, malah air yang kotor, berkarat dan beracun! Apa jadi dengan Pusat Kesihatan Kohilal mereka? Tanyalah mereka yang pernah mendapat khidmat kesihatan daripada kaum ni, pasti mike akan dapat jawapan yangmenjadikan pointi mereka ini sekadarpointi untuk lawak senario sahaja!

 
 
RANTAU PANJANG - Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra di sini daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan Pusat.
"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri tanpa satu sen daripada kerajaan Pusat," katanya kepadaBernama di sini semalam.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Point keenam mereka, 'kebajikan langsung', ni Apek Senario dengar pun akan gelak sampai pitam. Kebajikan apa yang dema dah buat. Bekalan air berkarat? Kotor? Kebajikan ahli Exco Agama mereka sendiri YB Datuk Hasan Ali mereka tidak jaga. Datuk Hasan Ali yang mahu mempertahankan Islam, memartabatkan ummah bukan sahaja tidak dijaga kebajikannya, malah menjadi habuan maki hamun dan sumpah seranah mereka. Hingga digugurkan sebagai calon untuk PRU 13 nanti! Kebajikan ahlinya sendiri tidak terjaga, ini mereka nak janjikan kebajikan untuk rakyat dan umat. Tanya mereka apa jadi dengan Tabung Kebajikan Memali? Tanya mereka apa jadi dengan kebajikan ahli PAS yang menabung di Kohlilal? Mana simpanan dan tabung mereka?

 

 
Point ketujuh mereka, menjanjikan 'keluarga harmoni' adalah bukti kehipokritan paling melampau kaum Anwarinas ini. Kelaurga harmoni apa kalau sampai sanggup berbai'ah sumpah talaq tiga, isteri sanggup diveraikan dengan talaq ba'in qubro semata-mata untuk menjaga kepentingan jawatan, kedudukan dan politik mereka. Keluarga harmoni apa kalau isteri yang cantik bertudung disuruh berbohong untuk menutup kemungakaran dan maksiat suami yang durjana!

Begitu jugalah dengan point-point lain mereka, 'pekerja produktif', 'kemudahan prasaran berkualiti', 'pemeliharaan alam sekitar', semua ini sekadar retorik politik yang layak menajdi bahan skrip untuk "Lawak Senario" sahaja. Pemuliharaan alam sekitar? Ni lawak apa ni? Dah lebih dua puluh tahun memerintah, apa jadi dengan kawasan hutan simpan Lojing? Dah hampir kering kotang dirakusi dengan kegiatan pembalakan? Pemuliharaan alam sekitar apa kalau bekalan air kepada rakyat kotor, karat dan beracun walaupun dah lebih dua puluh tahun memerintah?


Ringkasnya yop, 'Dokumen Negara Kebajikan' ini hanya membuktikan satu perkara. Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup menjadi parasit dan pelacur politik kalkatus murahan semata-mata untuk menghalalkan matlamat mereka untuk menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya demi memenuhi nafsu serakah mereka. Jangan lupa yop, inilah kaum yang sama nak menjual dan melelong Putrajaya tidak berapa lama dulu!


Ketuk kepala, tanyalah kepala otak masing-masing yop. Berapa lama nak kena tipu dan dibohongi dengan putarbelit kaum ini yop!

Semoga ALLAH memelihara iman, aqidah dan akhlak kita semua yop!



Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
18 Muharram 1433
13 Oktober 2011

Thursday, 1 December 2011

Tun M tetap dikenali pemimpin hebat.



Aku tetap tak akan lupa pada jasa-jasa Tun Mahathir yang  telah disumbangkan pada negara masa kini.

Thursday, 17 November 2011

Memori: PAS hina Orang Asli di Sarawak?

Teringat kembali gua bila mana Pilihanraya diSarawak, Presiden PAS, Hadi Awang menghina masyarakat orang Asli disana. Perkara ini mungkin juga bakal berlaku di kelantan atau dilain-lain tempat.



"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS,"

????!!!!!!!

Seriously, Gua merasa sangat terkilan dengan ungkapan yang diungkap oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.!

Gua petik ini dari web MalaysiaKini .


 
  
Tak percaya?? nie gua bagi Link kat lu, lu tengok sendiri, media nie diambil dari Malaysia Kini yang menjadi saluran utama Puak2 PASiaq..


Angkuhnya Pakatan Rakyat sehinggakan menghina orang asli di pedalaman Batang Ai dengan menyatakan bahawa mereka tidak reti mengundi, pakai cawat lagi. Lihatlah wahai pengundi di Sibu, wahai penghuni rumah panjang, inilah dia realiti Pakatan Rakyat. Bila nakkan undi dia berjanji, bila tidak diberikan undi inilah kenyataan berani pemimpin Pakatan Rakyat. 

Friday, 11 November 2011

SKANDAL KOHILAL : Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal







Beberapa cadangan dungu Pas untuk menipu Kohilal sekali lagi ?

Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua.

Boleh lihat ke  sini: http://kohilal.com/

b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS

c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cata memohon maaf saja; dan akhir sekali

d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli

ULASAN

KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS.

Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa.

Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan Unspinners, ahli Pas sendiri yang sudah mula pecah tembelang Pas.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dungu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugian yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dungu yang dahagakan pahala dan syurga.


PAS monopolikan KOHILAL sejak awal lagi

Sejak detik wahidnya, Kohilal ditubuhkan dan dimonopolikan oleh Pas. Jadi jangan pula Pas berkata sekarang bahawa Kohilal itu bukan dia punya.

KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 JUN 1986. Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan pada 19 JULAI 1986. Allahyarham Hj. ISMAIL ABDULLAH, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS WILAYAH PERSEKUTUAN telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.

Lembaga Pengarah Kohilal dimonopoli ahli Pas semuanya, terdiri daripada 10 orang. Tidak ada langsung Independent Director. Profesional pun tak ada.


Pengerusi: HASSAN SHUKRI

Naib Pengerusi: Sheik ABU BAKAR OMAR

Setiausaha: MOHD ISMATH HABIB MOHAMAD

Bendahari: ALI MAIDIN

Anggota Lembaga Pengarah:
ASIMUDDIN SHAMAAN
Dr. RAYNEY AZMI ALI
ABDUL AZIZ HASSAN
Syed HAMID Syed MOHAMED
WAN PAUZI YAHYA
AHMAD SUBKY ABDUL LATIF

Semua mereka adalah ahli atau penyokong kuat Pas. Siapa tidak kenal Ahmad Subky Abdul Latif?

Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal ?

Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.

Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.


AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS


Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.

Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’?Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdhal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu“Dana Tahun 2000”.
Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempohmatang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.

Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.

Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.

Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?

Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.

Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45juta sudah hilang lesap tanpa berita.

KESIMPULAN :

Parti PAS hanya ditubuhkan untuk menjadi "Batu Loncatan Pemimpin Tertinggi PAS " untuk terus duduk di atas tahta PAS mengikut citarasa kroninya dari awal hingga sekarang.

Dirasakan ianya akan jatuh tergugat dalam PRU12 yang lalu, mulalah berjinak dengan PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk mencari pengaruh kuasa politik masing-masing.

Mereka tidak tahu disebalik 4 negeri PR memerintah sekarang adalah hanya sementara sahaja disebabkan undi protes terhadap Pak Lah semasa PRU12 , kini rakyat sudah dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu
permata...untuk itu bersedialah wahai PAS, PKR dan DAP untuk menerima kejutan kekalahan demi kekalahan kepada setiap calon DUN dan Parlimen dalam PRU13 nanti bahawa kamu sekarang ini semuanya sudah tidak berguna lagi untuk menjadi pemimpin dan pemerintah untuk negara Islam Malaysia yang Merdeka ini.

Yakin dan percayalah bahawa Malaysia hanya layak dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari ahli parti terbesar iaitu UMNO (Melayu) MCA (Cina) dan MIC (India) serta parti komponen BN yang lain.

Tuesday, 8 November 2011

Ibrahim Libya Mati Sia-Sia Rupanya Selepas 25 Tahun,

Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.
Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69.  Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.
Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.
                                              
Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya.  Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.
Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.
Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS.  Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.
Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan.  Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”
Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.
                                                               
Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.
Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada.  Betul-betul hampeh punya parti.
Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini.  Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan.  Besok lusa entah apa pula lagi.

Tuesday, 1 November 2011

PAS dan Bulan ada cerita menarik di sebaliknya.

 


Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.

Mari kita mulakan ayat pertama dengan ayat pertama dalam Surah Bulan.

Dalam Surah AI-Qamar ayat satu, Allah berfirman:

Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan [Yang dimaksud dengan "saat" di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w]

Dalam Surah Al-Qamar atau Surah Bulan ini Allah telah menceritakan kehancuran enam kaum iaitu: kehancuran kaum Nuh a.s., kehancuran kaum 'Aad, kehancuran kaum Tsamud, kehancuran kaum Luth dan kehancuran kaum Firaun.

Dan dalam bahagian terakhir surah tersebut Tuhan memberikan peringatan kepada kaum musyrikin bahawa mereka tidak lebih kuat dari umat-umat yang telah dihancurkan oleh-Nya.  Dan Allah juga mengingatkan balasan terhadap orang yang berdosa dan pahala bagi orang yang bertaqwa.

(Surah AlQamar ayat 43)
Apakah orang-orang kafirmu (hai kaum musyrikin) lebih baik dari mereka itu, atau apakah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam Kitab-kitab yang dahulu [Maksudnya lebih baik tentang kedudukan duniawi, kekuasaan dan kekuatan.]

(Surah AlQamar ayat 44)
Atau apakah mereka mengatakan: "Kami adalah satu golongan yang bersatu yang pasti menang."

(Surah AlQamar ayat 45)
Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.

(Surah AlQamar ayat  46)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit.

Kita kata orang Jepun kafir kerana mereka memuja matahari naik, bagimana pula kita yang memuja bulan, apakah tidak mustahil bila PAS memerintah nanti PAS akan buat tugu bulan yang terbesar di dunia.  Hari ini kalau kita kumpul bendera PAS yang dipasang seluruh negara PAS boleh dapat pengiktirafan sebagai parti politik yang paling banyak tampal lambang bulan di dunia.

Pernahkah mereka duduk diam-diam seorang diri dan bertanya pada diri sendiri apakah mereka yang ada di dalam kumpulan orang yang mendewa-dewakan bulan mengambang ini orang yang bertaqwa atau orang yang berdosa?  Apakah PAS lupa bagaimana Allah mengkaitkan bulan dengan kehancuran-kehancuran kaum-kaum yang engkar?  Bila lagi pengikut para pemimpin superficial ini akan terjaga dari tidur dan sedar bahawa simbol bulan adalah simbol kehancuran zaman berzaman.

Orang gila disebut sebagai lunatic dalam bahasa Inggeiis.  Selain dari perkataan "moon", bulan juga disebut lunar.  Perempuan pula bila "datang bulan", lampu merah, tak boleh didekati, Danger Zone! "Mood" pun lari, salah allignment lah kerana ada bulan kecil di bawah.  Tunggu!  Tunggu anak bulan.  Lagi ada bulan dibawah no way brother.

Parti KeAdilan pula memilih simbol gerhana matahari.  Astghafirullah eloklah tu....

Narnun bagi pemimpin PAS yang tak pakai cermin mata hijau, mereka tahu kenapa keADILan tak pakai lambang dacing seperti Semangat 46 dahulu, tak pakai nama lain kerana jika BN menang, tak dapat majoriti anggota keADILan akan menyertai BN seperti Ku Li dan lain-lain pemimpin 46 masuk semula dalam UMNO.  Apakah orang PAS kenal dan sudah teropong siapa pemimpin keADILan sebenarnya?  Kawan atau musuh dalam selimut?  Janganlah asyik nak tengok bulan dan mata Anwar yang lebam saja.  Anwar pun pemain silap matajuga.  Dengan ular mesti kena jaga-jaga.

Bulan mengambang bukan sahaja menggambarkan perkara-perkara yang tidak baik dalam Islam, malah menjadi simbol berbagai-bagai petanda dan alamat yang tidak baik.  Bila bulan mengambang, kena puasa tau.  Puasa sunat tiga hari.  Begitu juga dengan gerhana.  Sebab itu Nabi menyuruh kita sembahyang sunat dua rakaat tatkala terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari agar kita dijauhkan dari segala bencana.  Yang kita pergi ikut simbol yang ditakuti dan membawa mudarat pada manusia, pasal apa?  Akal kita bubuh kat mana?  Kalau tanah, api, air dan angin dijadikan simbol o.klah kerana empat element ini ada dalam diri kita.

Bulan ni kalau kita ikut sejarah hikayat Nur Muhammad, bendanya kecil sangat.  Mukjizat Nabi kita masukkan bulan ikut jubah lengan kanan, keluar ikut lengan kiri.

Bagi orang-orang Melayu dulu pula, cerita pontianak keluar waktu bulan mengambang, begitu juga dengan harimau jadian.  Kalau di Barat ada orang yang boleh berubah menjadi 'werewolf' ataupun serigala jadi-jadian waktu bulan mengambang.  Air pasang surut pun ada kaitan dengan waktu bulan mengambang.  Dan sesetengah orang menjadi tak siuman atau disebut sebagai 'lunatic' waktu bulan mengambang penuh di atas langit.  Apakah tidak mustahil, hari ini ramai yang sudah semacam tidak siuman, sudah salah allignment, sampai ada yang bunuh bini, bunuh diri, bunuh macam-macam lagi, sampai sembahyang hajat suruh pemimpin mati akibat terlampau banyak tengok lambang bulan yang bergantungan siang hari.

Maka sebab itulah Tuhan memilih bulan untuk menunjukkan kemusnahan enam kaum dalam sejarah Islam.

Mungkin sebab itulah orang Cina merasakan simbol ini mereka buat kuih bulan.  Mereka makan itu kuih bulan.  Takut silap-silap haribulan itu bulan gantung-gantung kena makan naga.  Naga cukup suka ini macam punya bulan.  Roket tak ada tempat mahu landing.  Roket DAP bukan kuat sangat, tak ada enjin.  Cukuplah setakat landing atas bulan mengambang.  Bukan tinggi sangat.  Paling tinggi pun atas pokok kelapa.  Itu pun ada yang dah panjat pokok yang tinggi terpaksa panggil kren untuk turun.  Nak dapat RM150.00 kena bayar RM250.00, semua bulan punya pasal.

Tapi sungguhpun Tuhan sudah menurunkan ayat-ayatnya untuk dijadikan panduan bagi semua hambanya di muka bumi ini, namun ada juga segolongan dari hamba-hamba-Nya itu yang masih tidak mengindahkan ayat-ayat Allah SWT itu.  Mereka terus Ialai dengan perjuangan mereka yang menggunakan simbol bulan mengambang.  Mereka terus membawa manusia supaya cintakan bulan.  Tanda orang Melayu sudah hampir rosak juga sudah jelas.  Tuhan suruh tidur di waktu malam atau beribadat.  Tuhan tak suruh tengok bulan.  Tuhan tidak suruh dengar ceramah dibawah cahaya sinaran rambulan.  Puak-puak pemuja bulan ini suruh dengar ceramah, sikit punya gila ke terpaksa mengikut hawa nafsu hingga mereka terlupa firrnan Allah mengenai kehancuran musuh Muhammad SAW.

Surah Al-Qamar Ayat 3

Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya.

Itulah kerja orang-orang PAS yang kini dibantu oleh puak-puak keADILan.  Mereka mendustakan pemimpin-pemimpin Melayu yang juga beragama Islam kerana menurut hawa nafsu mereka di atas alasan mahu membela keadilan ke atas Anwar Ibrahirn dan mengembalikan sistem kerajaan yang kononnya sudah tidak adil di mata mereka.  Mereka terlupa bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang telah ditetapkan.  Kononnya PAS mahu memperjuangkan sebuah negara Islam, iaitu negara Islam mengikut tafsiran PAS.  Orang PAS ini faham ke, tahu ke bahawa agama yang bermula dari Adam a.s. hinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW berlaku secara proses evolusi yang memakan masa ribuan tahun dan bukan menerusi ceramah politik dengan menggunakan akhbar, buku atau Intemet yang memakan masa yang singkat dan mendadak.

Para pemimpin PAS kena ingat untuk mencapai cita-cita ini, orang-orang PAS yang bertopengkan identiti Islam tak boleh menjualkan ayat-ayat Allah dengan sewenang-wenangnya.  Orang Melayu hari ini bukan bodoh, mereka akan memberontak bila merasakan diri mereka diperbodohkan.  Sesungguhnya perbuatan suruh pengikut jadi macam kambing biri-biri yang ikut saja ke mana gembala pergi adalah lebih buruk lagi dari apa yang dilakukan oleh Salman Rushdie dalam bukunya Surah Syaitan kerana ia telah menghina manusia yang dijadikan sebagai semulia mulia dan seindah-indah kejadian Tuhan.

Ingatlah ketika Allah menerangkan kehancuran kaum Nuh dalam Surah AI-Qamar ayat 3 itu, Allah SWT telah berfirman:

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Jelas sungguh para pemimpin PAS yang bersimbolkan AI-Qamar telah tidak mengambil pelajaran dari ayat-ayat Allah kerana mereka tutup pintu ijtihad para pengikut.  Mereka rampas kuasa berfikir dari para pengikut hingga mereka membuatkan pengikut tertidur lena.

Bulan yang digunakan oleh PAS sebagai simbol parti mereka itu bukanlah bulan yang digunakan untuk simbol Islam.  Bulan Islam adalah bulan sabit.  Dan bagi umat Islam seluruh dunia bila mereka menyambut kedatangan bulan yang mulia seperti bulan Ramadhan atau pun bulan Syawal, mereka melihat anak bulan dan bukannya bulan mengambang.

Kenapa Islam memilih anak bulan untuk dijadikan simbol?  Kenapa tak pilih bulan mengambang penuh?  Tentu ada sebab musababnya.  Cuba kita perhatikan bulan mengambang.  Dia mengambang untuk satu malam sahaja. Selepas itu dia beransur-ansur mengecut atau saiznya menjadi kecil dari semalam ke semalam.  Tapi cuba kita lihat anak bulan.  Kemunculan menandakan satu bulan yang baru. Semakin hari anak bulan semakin membesar.  Dan ini menandakan satu proses evolusi yang memakan masa yang panjang dan juga kemajuan.  Jadi yang manakah lebih baik.  Sesuatu yang berkembang atau sesuatu yang akan mengecut.  Sebab itu popularity PAS tidak pernah tahan lama.

Kita tahu benda yang kecil dia akan membesar tapi benda yang alih-alih saja sudah besar tak boleh jadi lebih besar lagi.  Dia macarn belon, sama ada dia meletup atau kempis.  Cuba fikir apa yang ada dalam belon kalau bukan angin.  Bayangkan berkawan dengan orang yang banyak angin.  Sialap-silap bau melantung aje.

Hari ini tanda-tanda PAS akan meletup macam belon getah sudah nampak.  Tapi belon PAS bukan pecah kerana ditiup terlampau besar, tetapi kerana banyak sangat kempas-kempis yang menyebabkan belon itu hampir hendak bocor.

Menyentuh pasal kempas-kempis ini, hanya benda yang bulat macam bulan PAS sahaja yang boleh kempas-kempis.  Allahyarham Pak Zubir Said ada mencipta lagu yang liriknya di tulis oleh Hamzah Hussein.  Lagunya bertajuk kempas-kempis dan dinyanyikan oleh kanak-kanak 40 tahun dulu seperti ini.

Kempas-kempis, kempas-kempis
Kempas-Kembong
Dari kecil jangan suka cakap bohong
Sudah besar orang pulau satu kampong.

Itu 40 tahun dulu, Pak Zubir Said, tokoh muzik Melayu pun sudah lama meninggal dunia dengan memberikan sumbangannya kepada dunia muzik Melayu.  Pak Hamzah Hussein, tokoh sasterawan Melayu Asas 50, masih lagi aktif.

Berbalik kepada cerita bulan tadi, ada satu cerita untuk orang PAS.  Cerita ini cerita lama.  Lebih lama dari parti PAS sendiri.  Cerita ini berasal dari negeri orang putih.  Waktu dulu-dulu, malah waktu sekarang pun bila orang putih nak tidurkan anak, mereka nyanyikan satu lagu dari Nursery Rhymes.  Lagunya begini:

Hey diddle, diddle
The cat and the fiddle
The cowjumps over the moon
The cat and the dog laugh too see such sport
The cup run away with the saucer
Hey diddle, diddle.

Lagu atau cerita yang dipetik dari Nursery Rhymes (cerita kanak-kanak) ini kalau nak terjemahkan, berat sikit.  Tapi biar bagaimanapun, mesej yang nak sampaikan ialah kalau lembu pun boleh melompat di atas bulan, ini bermakna lembu yang sebodoh-bodoh binatang itu lebih bijak dari bulan.  Mungkin lembu ini kepunyaan Si Warso yang pakai cermin mata hijau, kepunyaan Datuk Sanusi Junid.  Jangan marah.

Tak tahu tiba-tiba saja teringat malam pelancaran buku Mahathir Di Ambang Senja.  Pertanyaan dibuat pada Presiden PAS, apakah saya orang yang pertama akan disimpan di dalam ISA bila Barisan Altematif memerintah negara nanti?  Jawab Datuk Fadzil Nor Barisan Altematif akan menghapuskan ISA dan akan memberikan kebebasan akhbar sepenuhnya.  Saya harap mereka tak berbohong. Namun terlebih dahulu mari kita tengok apakah reaksi mereka terhadap penulisan ini?  Jangan nanti mereka emosi dan tak benarkan ahli PAS dan keADILan membaca penulisan ini.  Mahu perintah negara mana boleh emosi?  Sekarang mereka sudah berkempen, penyokong dan rakyat jangan baca akhbar utama dan tengok berita di TV.  Malah ada fatwa baru jangan baca akhbar utama macam Utusan Malaysia, Berita Harian dan berbagai-bagai akhbar utama yang lain nanti buta hati.  Apakah PAS takut rakyat buta hati atau takut penyokong berubah hati kerana membaca kemungkaran dan pembohongan PAS, keADILan, DAP dan Anwar.  Atau PAS nak cari untung hasil penjualan Harakah.

Haji Hadi dan orang-orang PAS janganlah terpesona dengan bulan walaupun R Ramlee ada menyanyikan lagu-lagu yang menceritakan tentang keindahan bulan seperti: "Engkau Laksana Bulan, Bulan Dipagar Bintang dan Sri Bulan" kerana angkasawan-angkasawan Apollo 11 telah pun membuktikan betapa hodoh dan berbenjol-benjolnya wajah bulan itu yang sebenarnya.

Cukuplah perjuangan PAS sampai di sini sahaja kalau tujuan perjuangan semata-mata untuk mempergunakan agama.  Hari ini orang sudah naik ke bulan.  Mudah-mudahan para pengikut PAS tak jadi macam pungguk merindukan bulan.  Lagipun hari ini bulan PAS sudah pecah tiga, liberal, radikal dan ulama.  Kini wujud pula PAS Baru ekoran tindakan pemimpin PAS menggugurkan matlamat untuk menubuh negara Islam dan mendaulatkan undang-undang Islam semata-mata hendak memenuhi tuntutan dan kehendak Barisan Alternatif terutama DAP.  Dalam PAS sendiri sudah berpuak-puak, perebutan kuasa dalam PAS lebih teruk dari dalam UMNO.  Hasad, dengki, iri hati dan cemburu masih menebal di hati pengikut yang merasakan adanya ketidak adilan dalam pembahagian kayu balak dan lain-lain.

Di akhir kata sukalah dinyanyikan lagu Ghazal, "Pak Ngah Balik", ciptaan Allahyarham Pak Lomak atau Major Lomak dan dipopularkan oleh Zainuddin Md Dom dan lagu ini istimewa ditujukan untuk parti bulan dengan ucapan "Pak Ngah Balik".  Mudah-mudahan mereka akan balik ke pangkal jalan, balik ke pangkuan UMNO.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya