Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Monday 5 September 2011

Mengapa Komunis & Mat Indera dibenci ? Kekejaman atau pengkhianat ?




1 )  SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.


2 . Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera.

3) Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

3) Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan.

4)  Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

Mat Indera pengkhianat bangsa & agama 

5) Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

6 ) Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.



7)  Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM kerana dibakar  semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. .Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British.

8 ) Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.

PKM sokong Malayan Union 

9 ) PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

10 ) Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu & orang Melayu yang bersatu diri mereka dalam Kogres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO.  Raja- Raja Melayu & UMNO terpaksa berunding selama 2 tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 .

11)  Ketika itu , British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan PKM dan sekutunya . Inilah punca mereka berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948 . PKM juga menjadikan orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu & UMNO sebagai musuhnya  kerana dilihat sebagai penyokong British yang melansungkan pemerintahan .

12. ) Melalui  Persekutuan Tanah Melayu inilah British memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar & ketua-ketuan jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing . British hanya berjawatan sebagai Penasihat Bristih sahaja .

Mengapa orang Melayu benci Komunis ?

13 ) Orang Melayu tolak komunis kerana serik dengan kekejaman yang dilakukan mereka selama 13 hari semasa mengisi kekosongan pemerintahan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah .  PKR ketika bermaharajelala dan menguasai balai polis serta menunjukkan kekuasaanya .

14 ) Komunis ketika itu  mempunyai senjata canggih menghukum penduduk kampung yang dikatakan bersubahat dengan Jepun . Ramai Tok Imam , tok guru , dan orang biasa ditangkap dan dibunuh hidup-hidup  dengan kejam . Banyak rumah yang dibakar di waktu malam . Lebih memilukan lagi , masjid-masjid juga  dicemari dan Al Quran dijadikan pengesat Najis !

15 ) Kebangkitan pengganas Komunis di Tanah Melayu  telah ditentang hebat pemimpin Melayu seperti Kiyai Salleh dan  juga beberapa kumpulan lagi . Begitu juga dengan peranan anggota keselamatan selepas Persekutuan Tanah Melayu hingga lah negara merdeka pada 1957 .  Ramai anak-anak muda dari kampung  sertai Polis , AP , Polis Simpan dan tentera.

16) Mereka menyahut seruan untuk menjaga keselamatan dan keamanan Persekutuan Tanah Melayu  sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memburu pengganas komunis di hutan belantara .  Menurut sumber , seramai 161,281 orang anggota polis terlibat dalam usaha mengatasi ancaman komunis .  Askar Melayu pulak ditubuhkan 3 Batalion dalam darurat 1948 - 1960  bagi menentang jumlah 12,500 pengganas komunis . yang mengangkat senjata.

17 ) Jelasnya di sini ,   PKM dan Mat Indera dilihat hanya mahu menegakkan ideologi komunis mereka dengan menggunakan kekerasan senjata untuk mendapat kuasa politik berbanding pihak tentera & polis bertugas menjaga keamana dan keselamatan

18) Dengan kegigihan dan semangat mereka memburu pengganas komunis di hutan , maka ancaman pengganas dan pengkhianat negara ini dapat diatasi . Kedaulatan dan kemerdekaan negara dipertahankan .

19 ) Adakah anggota tentera & polis yang pertahankan keamanan negara dianggap pembelot bangsa ? Adakah patut Mat Indera dianggap pejuang apabila sanggup bersekongkol dengan komunis dengan membiarkan bangsanya dan agamanya dimusnahkan ?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya