Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday, 15 December 2012

Sejarah Jambatan Pulau Pinang.





Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian


 Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga  terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4  kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya  Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di  Seberang Prai.


Kerja  pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya  3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan  ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian  kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur  tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed  bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985  untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah  13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum  tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang  masih beroperasi sehingga sekarang.



  • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  • Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
  • Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  • Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  • Gantungan utama: 225 Meter
  • Gantungan hujung: 107.5 Meter
  • Gantungan lain: 40 Meter
  • Had laju: 80 km/j




Tarik-tarikh Penting :

  • Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23  Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau  Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 - Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan





Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang



Beberapa  hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam  melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi  peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu  peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana  jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang  mengambil peluang tersebut.

Thursday, 13 December 2012

Cadangan ini datang dari orang yang dilebel perosak UMNO.!!

                             


                                                             
                                         
Kerajaan perlu memperbanyakkan siaran yang lebih berimejkan Islamik.. kita sedar PAS dilihat lebih berimejkan Islamik.

Dalam keadaan sekarang, PAS sedang kucar kacir dengan DAP & PKR, inilah masa yang paling sesuai untuk menarik mereka kembali bersatu dibawah UMNO/BN.

Apa yang saya lihat. Kerajaan perlu mengurangkan hiburan yang terlalu banyak ditayangkan. dengan cara mengurangkan hiburan & memperbanyakkan siaran yang lebih islamik akan menyebabkan ahli-ahli PAS menyokong cara pentadbiran kerajaan..

Dalam era pemerintahan Tun Mahathir Mohammad, saya lihat siaran televisyen lebih banyak memainkan peranan dengan menyiarkan cerita-cerita yang lebih islamik dan tayangan yang boleh menyemai perasaan cintakan negara & tanah air.

Cara ini akan mengembalikan semula keyakinan ahli-ahli PAS terhadap pemerintahan UMNO/BN. salah satu punca utama kebencian ahli-ahli PAS terhadap UMNO ini dilihat hasil kesan penayangan filem yang terlampau hiburan.. jadi mereka semakin hari semakin tdk melihat televisyen tambahan pula siaran televisyen kini banyak memihak kepada syarikat swasta.Jika apa pembohogan yang didedahkan melalui televisyen, menyebabkan mereka tdk tahu kerana cara pentadbiran yang dilihat kurang menarik minat.

                                                        
                                            

Mereka akan mencari alternatif lain, sebab itulah Pembangkang dibawah pimpinan Anwar ibrahim memperbanyakkan media bacaan. Jika kita lihat PAS mempunyai Harakah, DAP mempunyai Roket kini & Keadilan mempnyai Suara Keadilan, ditambah pula dengan beberapa negeri dibawah pentadbiran pembangkang.

Setiap negeri yang dikuasai pembangkang mempunyai media alternatif bacaan. dengan cara penyampaian maklumat ini, dilihat lebih berkesan dari satu sudut yang berbeza.

Kerana apa saya kata begitu? kerana jika kita mempunyai Internet di rumah, boleh mengaksesnya untuk mendapatkan cerita sebenar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tdk mempunyai kemudahan internet??
Bukankah medium penyampaian bacaan itu dilihat amat berkesan bukan?

Nurul Nizam (orang yang dilebel sebagai perosak UMNO)!!

Sunday, 25 November 2012

PAS menipu tentang Hudud.






5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.

Mengapa PAS begitu munafik dan berbohong kepada umat Islam di Malaysia malah kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud?

Selama 20 tahun PAS berbohong mengenai perlaksanaan Hukum Hudud. Apa maksud PAS sebenarnya, Parti Islam Semalaysia atau Parti Anutan Syaitan? Hanya Syaitan sahaja yang sentiasa menghasut untuk berbohong dan mengadu domba sesama umat Islam

Bukti PAS menipu.! Apa sudah jadi dengan Lebuhraya Rakyat?


 Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.

Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.
Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.
Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.
Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion.
Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.
YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.
Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.
Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional.
Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.
Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.
Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.
Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.
Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.

Saturday, 24 November 2012

PAS pembawa aliran Syiah.



 
1. MAT SABU IALAH PENGAMAL SYIAH YANG KUAT DI DALAM PAS.
2. SEMUA PERARAKAN PAS MESTI MENJULANG GAMBAR IMAM SYIAH

3. LIHAT INILAH SATU KEBENARAN BAHAWA PAS MENENTANG SUNNAH DAN MENGHALALKAN SYIAH


4 PEMIMPIN SYIAH YANG DIJULANG
 JELAS PAS IALAH PENGAMAL SYIAH DI MALAYSIA KERANA SETIAP TINDAKAN MEREKA ADALAH BERBENTUK RADIKAL DAN TIDAK SUKA KEPADA KEDAMAIAN DAN KOMPROMI.INILAH SALAH SATU CIRI PENGIKUT SYIAH.

Persamaan PAS & Israel.






Lihat pada logo sahaja sudah tahu  PAS meniru cara Israel, "Israel for All" itulah kata-kata  yang  dilaungkan Israel, tetapi PAS juga menggunakan kata-kata yang sama iaitu "PAS for All" apakah ianya menunjukkan PAS memang  Israel ??

                                             
Sejak kebelakangan ini, PAS kerap dilihat semakin hari semakin gila, tambahan pula sikap PAS yang meminta kehancuran sesama umat Islam.Sikap PAS yang mendoakan kehancuran untuk UMNO ini  sama seperti Israel yang menyerang Palestin dan membunuh ribuan orang awan termasuk kanak-kanak & wanita.

Sikap Israel & PAS ini memang banyak persamaan jika kita teliti satu persatu. cuma bezanya PAS ini berselindung disebalik Serban dan berperwatakan alim seolah-olah mereka sahaja yang boleh dijamin masuk syurga.!

PAS sebenarnya telah tersedar bahawa populariti mereka merundum teruk di mata pengundi Melayu Islam. Sikap rakus mereka memperalatkan Islam dan akidah akhirnya telah memerangkap mereka. Jadi untuk memulihkan semula keadaan, mereka pun berpatah baliklah melaungkan-laungkan kononnya mereka ingin laksanakan hudud semula.

PAS tahu para penyokong mereka khususnya di ceruk-ceruk kampung sudah pasti terkesan dengan strategi basi mereka itu. PAS ingin mengambil semula hati para penyokongnya. Tapi mereka silap. Rakyat semakin matang dalam menilai. PRU 13 nanti bakal menjadi penentu nasib PAS sama ada dihukum atau sebaliknya.

PAS memang tidak bertanggungjawab. Sah PAS memang bukan parti Islam. Kata-kata Tun Mahathir dulu bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik adalah tepat sekali. Bubarkan saja PAS. Kalau nak perjuangkan Islam dan berdakwah lebih baik join saja jemaah tabligh. Lagi mulia. Tak guna mulut melaung-laungkan ingin laksanakan hukum Islam tapi hati busuk dan tingkah laku tidak serupa org Islam.


PERANGAI PAS SAMA DENGAN PERANGAI ISRAEL YANG MAHUKAN KEHANCURAN.!!
 

Wednesday, 24 October 2012

Janji yang belum ditunaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan!




                                

Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, pelbagai janji telah dibuat oleh  Pas. Semuanya berasaskan Islam. Sebuah potral detikperubahan.com telah menyenaraikan 14 janji yang dibuat oleh Pas sejak mula memerintah. Mari kita lihat apakah janji tersebut dilaksanakan.

1. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - sehingga hari ini Pas masih beretorik untuk laksanakan hudud. Contoh paling muda, umum hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud pada Oktober lalu tetapi sehingga sekarang surat perlantikkan pun belum dihantar. Apakah Pas perlu menunggu 20 tahun lagi untuk menghantar sepucuk surat.

2. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.

Realiti - Janji kedua ini amat menarik. Tidak perlu diulas dengan panjang lebar, lihat kebangkitan rakyat dalam isu Ladang Rakyat, di seluruh negeri ada demonstrasi. Begitu juga dengan isu Bazar Tok Guru di mana peniaga di Pasar Lama MPKB ditindas dan dipaksa berpindah selepas tanah bazar itu dijual.

3. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - Siapa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - Abdul Ariffahmi Ab. Rahman - menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disebabkan tiada kelayakan dan hanya mengharapkan bapa mentua, banyak keputusan yang dibuat oleh Ariffahmi salah dan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian lebih RM20 juta. Itu semua duit rakyat.

4. Pas akan menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

Realiti - Hanya di atas pentas ceramah. Amat sedikit yang diterjemahkan dalam pentadbiran.

5. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.

Realiti - Sehingga hari ini pindaan perlembagaan tubuh kerajaan negeri kelantan tidak pernah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

6. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.

Realiti - Hisbah tidak ada. Yang ada pembahagian nisbah kekayaan di antara pemimpin Pas Kelantan.

7. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

Realiti - Tak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang tidak kata. Itu pepatah Melayu. Lihat dalam isu PMBK dan Air Kelantan Sdn Bhd. Duit beratus juta tetapi rakyat sehingga hari ini tidak dapat merasai nikmatnya.

8. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.

Realiti - Beberapa bulan sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tambahan elaun untuk setiap wakil rakyat malah diwujudkan jawatan baru iaitu Timbalan Exco yang mempunyai elaun khas.

9. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.

Realiti - Yang banyak di bina di Kelantan terutama Kota Bharu ialah kondominium mewah dan banglo berharga ratusan ribu ringgit.

10. Semua pihak berkuasa tempatan akan dikaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.

Realiti - Kadar cukai tinggi masih tinggi walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal sama sekali, longkang tidak cuci dan sampah tidak dikutip mengikut aturan.

Bayaran tempat letak kereta di Kota Bharu adalah yang tertinggi di Malaysia jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Malah hampir semua tempat ada meter, tidak ada secebis pun parking percuma untuk rakyat.

11. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.

Realiti - Tiada perubahan yang ketara sejak 20 tahun lalu.

12. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok- pondok yang sedia.

Realiti - Mungkin program ini berlaku tetapi bagaimanakah keadaan kebajikan mereka terutama tempat tinggal.

13. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.

Realiti - Tidak diketahui sejauh mana keberkesanannya.

14. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.

Realiti - Lima tahun berturut-turut Kelantan juara dalam peningkatan penyakit HIV dan penagih dadah. Perkara ini diakui sendiri oleh Exco dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kawasan Limau Manis - tempat pelacuran utama di Kelantan - sudah beberapa kali didedahkan oleh media tetapi masih wujud sehingga hari ini.

Inilah janji sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Tenyata Pas hanya sibu di atas pentas ceramah sahaja. 

Thursday, 18 October 2012

PAS semakin berubah.





 Adakah PAS benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat dan adakah PAS hanya pandai berceramah tanpa memberikan cara-cara praktikal dalam mengatasi isu-isu global dalam dunia Islam?
Soalah saya kepada Nik Aziz dan PAS:-


1. Adakah hanya kerana ingin menguasai Malaysia, PAS lebih kepada matlamat menghalalkan cara dengan bersekongkol dengan DAP?

2. Jika benar PAS mengambil tahu kebajikan rakyat, kenapa nasib orang Islam di tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat tidak ada perubahan?

3. Adakah PAS sudah ketandusan pemimpin sehinggakan pemimpin yang lebih cenderung kepada hawa nafsu perlu diperjuangkan?

4. Adakah hanya dengan PAS, Islam di Malaysia mampu diperjuangkan?

 PAS lebih dibuai mimpi Yahudi dan Nasrani yang ingin melekakan Umat Islam dengan ketaksuban melampau atas agenda tersendiri.

Wednesday, 3 October 2012

PAS sendiri menggugurkan negara Islam & Hudud demi Pakatan.

.
Seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat bebas untuk bercakap mengenai hudud, tapi setakat itu sahajalah.  Persetujuan umum dalam Pakatan Rakyat, hukum hudud ini dalam apa cara sekalipun tidak akan menjadi keutamaan, malah tidak menjadi apa pun yang boleh dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Itu dinyatakan dengan jelas.  Jika ada bukti dimana pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sepakat mengeluarkan kenyataan akan melaksanakan  hudud, penulis suka nak mendengarnya di ruangan komen dibawah.

PAS tahu itu dan penulis yakin kepimpinan tertinggi PAS juga telah bersetuju untuk menggugurkan hudud.  Buktinya, bila
 dalam Muktamar PAS 2011, Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan perubahan perjuangan teras PAS dari menegakkan hudud dan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Bagi menandakan penerimaan rasmi terhadap halatuju baru perjuangan PAS yang diputuskan dalam Muktamar 2011, dokumen Negara Berkebajikan telah dilancarkan Hadi sendiri pada 11 Disember 2011 di ruang lobi Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam.
Dari 10 tawaran PAS dalam buku negara berkebajikan tersebut, tidak ada satu ayat pun yang menjurus kepada perlaksanaan negara Islam dan hudud, apatah lagi bila dijelaskan Hadi dalam Muktamar 2011,perkataan negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran!!
 Hudud bukan wajib pun untuk dilaksanakan kerana bukan salah satu dari rukun Islam yang ke- 5.
Nik Aziz perlu ingat, walaupun bertanding atas lambang parti masing-masing, PAS tidak bertanding bersendirian tapi bersama-sama DAP dan PKR dalam segala hal, termasuk dari segi logistik dan kewangan.  Maka itu penting bagi PAS mendahulukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat ini, lebih dari apa yang lain.
 PAS semakin Jahanam Bila  Pemimpinnya sudah Nyanyuk.!

Monday, 24 September 2012

Kegagalan melaksanakan hukum ‘Hudud PAS’, UMNO pula dipersalahkan?



 

Jika sebelum ini bukan Husam Musa sahaja yang tunduk, malah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud.

"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.

Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.

Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008.

Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.

Untuk menutup malu PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.

Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR.
 

Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.

Secara realitinya sekarang apabila KEDAH dan KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya?

Permintaan PAS kini Allah telah makburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 2 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?

Hudud Sebagai Isu Pilihanraya

Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya.
 

Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.

Kini PAS telah berjaya memerintah di dua negeri; Kelantan dan Kedah walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?

Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.

Anwar Ibrahim pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia.

Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.

Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.

Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.

UMNO Tak Bantah Hudud

Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS.

Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?
 

Tetapi apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.

Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.

Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).
 

Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.

Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah swt bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.
 

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah belum tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya